Wednesday, April 16, 2014

Saiz dan Ukuran Baju Kurung Standard

Assalamualaikum..

Jom kita tengok saiz dan ukuran baju kurung standard.

Saiz Baju Kurung Standard


Jadual ni menunjukkan ukuran standard baju kurung yang jual kat kedai2..

Bagi mereka yang sukar mendapatkan baju ready made boleh mencuba untuk menempah baju mengikut saiz badan anda dengan cara mengukur badan sendiri.

Cara mengukur badan seperti di bawah ni.

Cara Ukur Badan



Tuesday, April 15, 2014

Tempah Baju vs Beli Baju Siap

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera pembaca semua..
Jom kita cerita pasal beli baju siap vs tempah baju. Mesti ramai bersetuju dengan saya beli baju kurung siap lebih murah dari menempah.. Saya juga mengakuinya.. Tetapi untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan badan tak semudah itu terutamanya bagi mereka yg berbadan unik. Biasanya baju siap adalah mengikut potongan baju standard.

Jom kenali bentuk badan kita.

Apple (segitiga menurun)

Apple terbentuk apabila wanita mempunyai size bahu lebih luas berbanding pinggul mereka (sempit). Bentuk Apple cenderung mempunyai kaki / paha kurus , manakala perut dan dada kelihatan lebih besar berbanding ke seluruh badan. Lemak lebih tertumpu pada abdomen, dada dan muka.

Biasanya  wanita bertubuh seperti ini memerlukan baju yang bersaiz lebih besar dari saiz kain.Mereka yang 'chubby' selalunya berbadan seperti ini.

Pisang, bentuk lurus (segiempat)



Ukuran pinggang adalah kurang daripada 9 inci lebih kecil daripada pinggul atau ukuran dada. Kadar lemak badan lebih tertumpu pada perut, punggung, dada, dan muka. Peratusan lemak keseluruhan mewujudkan  bentuk tipikal (lurus) .

Biasanya boleh memakai baju saiz standard cuma mereka yang berbadan seperti ini selalunya nampak kurus tinggi macam Didie Alias. 

Pear atau bentuk A (segitiga ke atas)


Ukuran pinggul adalah lebih besar daripada ukuran dada. Peratusan kadar lemak berbeza kerana lemaknya lebih cenderung untuk berkumpul di punggung, pinggul dan paha. Apabila penambahan lemak badan berlaku, ia mudah tertumpu di sekitar pinggang dan abdomen atas. Wanita jenis badan ini cenderung untuk mempunyai belakang (agak) yang lebih besar, tebal paha, dan pangkuan kecil.

Biasanya wanita  bertubuh seperti ini memerlukan baju bersaiz kecil di atas semakin kembang ke bawah. Baju kurung pahang/ kurung pesak gantung amat sesuai untuk golongan bertubuh pear ni. Wanita yang kerja di pejabat selalunya bertubuh pear kerana banyak melakukan kerja di atas kerusi dan lemak berkumpul di sekitar punggung, pinggul dan peha. Artis yang bertubuh seperti ini adalah Fara Fauzana.

Bentuk hourglass (bentuk X)

Pinggul dan dada adalah hampir sama saiz dengan pinggang yang sempit. Kadar lemak lebih cenderung berada di sekitar kedua-dua bahagian atas badan dan badan yang lebih rendah. Badan jenis ini lebih mudah membesar pada lengan, dada, pinggul, dan belakang dahulu sebelum bahagian-bahagian lain, seperti pinggang dan abdomen atas.

Ini bentuk badan yang ideal. Wanita memang mengimpikan mendapatkan tubuh badan menawan macam ni ~macam Che Ta. Sesiapa yang badan macam ni sangat beruntung. Nak beli baju siap pun senang.

Camana bentuk badan anda? Senang tak menbeli baju ready made..

Welcome Back... (wish untuk sendiri)

Assalamualaikum semua..

Salam berjumpa..

Salam Persinggahan..

Setelah lama tidak berblog hari ini dengan sedikit azam dan keizinan-Nya terhasillah satu post...

Ingatan untuk diri dan semua..




Semoga ada lagi post untuk blog ini esok dan seterusnya,, 

Keep It Up.....