Sepasang lagi baju kurung yang telah disiapkan.
Jenis: Baju Kurung Biasa
Leher: Sulam mata lalat
Tuesday, November 2, 2010
Wednesday, October 27, 2010
Baju Kurung Asli 26.10.2010
Baju ni kalau mengikut contoh memang tak buat sulam mata lalat ni, tapi sajala wat mata lalat ni tanda penghargaan pada pelanggan2 pertama. huhuhuhu
Baju Kurung Pahang 25.10.2010
Baju ni kawan opis tempah... Ambil masa dalam dua minggu untuk menyiapkan...
Leher baju ni disulam dgn mata lalat.
Baju kurung pahang
Kain belah.
Da siap sepasang... Ngeee... Harap2 memuaskan hati pemakai..
Thanks Kak Yus, lain kali tempah la lagi. :)
Thursday, October 21, 2010
Tempahan Baju Kurung
kurungdotcom menerima tempahan baju kurung biasa dan baju kurung pahang.
Maklumat tempahan seperti berikut:
- Baju Kurung Biasa - RM35.00
- Baju Kurung Pahang - RM35.00
Harga di atas merupakan harga bagi sesiapa yang menempah online. Kos penghantaran termasuk dalam harga.
Spesifikasi Baju
Baju Kurung Biasa
Leher : Tindih biasa
Badan : Jahit tindih
Kain : Susun tepi
Baju Kurung Pahang
Leher : Tindih biasa
Badan : Jahit tindih
Kain : Susun tepi
* Cas berbeza dikenakan kepada sesiapa yang menghantar baju/kain terus kepada saya.
Wednesday, September 29, 2010
Baju Kurung
Di sebalik kepesatan arus pembangunan dan kemodenan, trend berpakaian juga mengalami revolusi seiring dengan kemodenan. Namun begitu, baju kurung tetap menjadi pilihan ramai. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda, sejarah dan asal baju kurung untuk pengetahuan bersama.
Merupakan pakaian yang sangat flexible untuk digunakan ke pelbagai acara dan banyak digunakan oleh kaum wanita sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja. Keadaan baju yang sangat selesa longgar dan labuh sesuai untuk para wanita menjalankan tugas-tugas harian tanpa mengenepikan nilai2 kewanitaan.
Baju kurung yang biasa kita pakai juga dikenali sebagai baju kurung Johor.Sememangnya baju kurung ini berasal dari Johor, tetapi telah mengalami revolusi sehinggalah ia mendapat namanya sendiri 'baju kurung' rupanya seperti yang kita lihat hari ini. Pada asalnya bajunya panjang ke paras betis dan berpotongan longgar. Kainnya diikat dengan ikatan yang dipanggil ombak mengalun yang diletakkan di sebelah kiri.
Wanita pada zaman dahulu memadankan baju kurung ini dengan kain dagang luar yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan.
Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalahistilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Ia juga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Revolusi yang dialami baju kurung bersesuaian dengan citarasa pemakai seiring dengan perubahan zaman. Baju kurung sesuai dipakai di majlis2 seperti perkahwinan, kenduri2, dari majlis formal sehingga tak formal. Menjadi salah satu kebanggaan negara, sehingga Baju Kurung menjadi pakaian rasmi ke pejabat dan majlis2 rasmi kerajaan sejak dulu hingga sekarang.
Merupakan pakaian yang sangat flexible untuk digunakan ke pelbagai acara dan banyak digunakan oleh kaum wanita sama ada di rumah atau di mana-mana sahaja. Keadaan baju yang sangat selesa longgar dan labuh sesuai untuk para wanita menjalankan tugas-tugas harian tanpa mengenepikan nilai2 kewanitaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)