Showing posts with label Mylife. Show all posts
Showing posts with label Mylife. Show all posts

Thursday, August 28, 2014

SIY - Jahitan Manik Crumble

Assalamualaikum wbt....

Cerita ni pasal baju raya lagi ni, cerita baju raya yang telah dipakai.Baju ni saya beli last minit dah nak raya,berkenan sangat dengan baju ni sebab bercorak songket padan pula dengan warna baju melayu suami..

Makanya, baju ini dipakaila pada hari raya yang lepas tetapi kekemasannya agak kurang. Nak dikemaskan dah tak sempat jadi pakai jugak la.. Kenapa kurang kemas? Sebabnya tidak di kelim pada bawah baju dan pada hujung lengan.. 

Masa beli tak perasan sangat sebab rasa cam normal je kain songket camtu, tapi bila dipakai rasa weird, lagi2 bila menghulungkan tangan nak amek lauk atas meja yang penuh dengan sedara2,nampak sangat baju tu macam  tak siap.

Jadi pas raya datang pulak idea nak mencantikkannya, cuba2 buat jahitan manik crumble ni...
Tengok orang lain buat macam cantik je, macam comel je kan..

Begitulah hasilnya.. Rasa bila pakai tu ada keyakinan la sikit..





Da pakai baju ni masa jamuan raya di opis..ngeeeeee...




 Gambar yang nampak lengan baju ni je..tapi gambar candid.. sibuk menjaga gerai semasa jamuan raya tu..tak segan dah nak menghulur tangan.. :-)

Tuesday, August 5, 2014

AIDILFITRI BIRU KUNDANG

SYAWWAL 10, 1435H bersamaan Ogos 6,2014

DENGAN RENDAH DIRI, UCAPAN SEIKHLAS HATI SAYA DAN SEISI KELUARGA MEMOHON MAAF KEPADA SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DAN  PELAWAT-PELAWAT BLOG ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KEKURANGAN KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. 

HARI RAYA MASAK KETUPAT,
BUAT RENDANG DAGING SEKATI,
NAK WISH RAYA MEMANG DA LAMBAT,
TAPI KALIAN TETAP DI HATI

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI:-
TUAN PUNYA BLOG
(SITI AMINAH BINTI YAHYA)

BAJU RAYA KITEE
RAYA2 PUN NAK PROMOTE JUGAK, BAJU RAYA EN.SOMI MADE BY ME..
ALHAMDULILLAH SEDAP DIPAKAI KATENYE..

#BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
#BAJU MELAYU SUAMI
#BAJU MELAYU MADE BY ME
#BAJU RAYA PURPLE