Showing posts with label Tempah Baju. Show all posts
Showing posts with label Tempah Baju. Show all posts

Monday, September 1, 2014

Kain Pasang Kotemporari

Assalamualaikum WBT..

Promosi..Promosi...!!

Kain Pasang  dengan corak terkini, sangat selesa dipakai, dijual pada harga yang sangat berbaloi-baloi.

Pelbagai corak terkini untuk pilihan anda.

KAIN PASANG KOD EBK
LATEST DESIGN BATIK KONTEMPORARI 4D 

RM60.00 Sepasang
- Gabungan batik dan italian design. 
- Kain lembut dan sejuk. Sangat selesa dipakai.
- Corak sebiji macam kain pasang batik lukis. Sekali pandang memang tak boleh beza.
- Biasa design macam ni ada kat butik je ye. Hrga kat sana RM100++.
- Very recommended by me. 

KAIN PASANG KOD SSP
VALENTINO SATIN SILK PAISLEY 
 RM55
- Tak perlu lining , berat terletak bila jadi baju 
- Lembut dan gebu, sejuk
- Tidak berkilat, sebab bukan satin.. rasa kain lebih kurang sutera satin yg batik lukis tu ye. cuma gred biasa la yg kain kod SSP ni..
- Kain memang superb,  very recomended by me.


KAIN PASANG KOD MC
MALAYSIAN CREPE
RM25.00 Sepasang
- Lembut dan ringan.
- Tidak nampak kedutan.
- Macam kain cotton tp lembut sikit.
- Best dipakai pergi kerja/opis.


Valentino Satin Silk Paisley - RM 55.00

Valentino Satin Silk Paisley - RM 55.00
 
Valentino Satin Silk Paisley - RM 55.00
Cotton Crepe - RM25.00
Cotton Crepe - RM25.00

Aneka pilihan corak dan warna menjadi pilihan



Beli kain dan tempah baju kurung secara online..

Caranya seperti di sini.

Tuesday, August 5, 2014

AIDILFITRI BIRU KUNDANG

SYAWWAL 10, 1435H bersamaan Ogos 6,2014

DENGAN RENDAH DIRI, UCAPAN SEIKHLAS HATI SAYA DAN SEISI KELUARGA MEMOHON MAAF KEPADA SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DAN  PELAWAT-PELAWAT BLOG ATAS SEGALA KEKHILAFAN DAN KEKURANGAN KAMI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. 

HARI RAYA MASAK KETUPAT,
BUAT RENDANG DAGING SEKATI,
NAK WISH RAYA MEMANG DA LAMBAT,
TAPI KALIAN TETAP DI HATI

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARI:-
TUAN PUNYA BLOG
(SITI AMINAH BINTI YAHYA)

BAJU RAYA KITEE
RAYA2 PUN NAK PROMOTE JUGAK, BAJU RAYA EN.SOMI MADE BY ME..
ALHAMDULILLAH SEDAP DIPAKAI KATENYE..

#BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
#BAJU MELAYU SUAMI
#BAJU MELAYU MADE BY ME
#BAJU RAYA PURPLE


PROJEK BAJU RAYA AIDILFITRI 2014

Assalammualaikum..

Dah seminggu 1 Syawal berlalu. Dapatlah seminggu berehat setelah penat membuat persiapan raya. Abes cuti skarang kena masuk opis sambung kerja. Mood raya masih terasa, berat je hati nak pergi opis. Tapi tanggungjawab perlu dilaksanakan. Da sign berkhidmat sehingga 60 tahun, jadi kenala teruskan.

Ermm..Tahun ni berjaya menyelesaikan tempahan baju raya kakak2 ipar anak beranak termasukla ibu mertua ku. Total: 1 Baju Melayu Teluk Belanga, 4 Pasang Baju Kurung Biasa, 1 Pasang Baju Kurung Pahang, 5 Pasang Baju kurung Kanak2 termasuk 1 Pasang Baju Melayu.

Dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan raya hanya 1 Pasang Baju Melayu Teluk Belanga je dapat di abadikan gambarnya. Yang lain, tak sempat.. Kena minta gambar dari pemilik baju tu sendiri nampaknya.

Baju Melayu Teluk Belanga ni adalah percubaan pertama. Sebab tu disempat2kan jugak ambik gambarnye.. Baju ni request form kakak ipar untuk suaminye..


BAJU MELAYU TELUK BELANGA

SELUAR GETAH JEE

SEPASANG BAJU MELAYU TELUK BELANGAN COLOR PINK BELACAN/ PEACH TERANG
NI TUAN PUNYA BAJU..GAMBAR DUDUK PUN BOLEH LA.. BAJU SI ANAK JUGA MADE BY ME.. EHEMMM

Wednesday, April 16, 2014

Saiz dan Ukuran Baju Kurung Standard

Assalamualaikum..

Jom kita tengok saiz dan ukuran baju kurung standard.

Saiz Baju Kurung Standard


Jadual ni menunjukkan ukuran standard baju kurung yang jual kat kedai2..

Bagi mereka yang sukar mendapatkan baju ready made boleh mencuba untuk menempah baju mengikut saiz badan anda dengan cara mengukur badan sendiri.

Cara mengukur badan seperti di bawah ni.

Cara Ukur Badan



Tuesday, April 15, 2014

Tempah Baju vs Beli Baju Siap

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera pembaca semua..
Jom kita cerita pasal beli baju siap vs tempah baju. Mesti ramai bersetuju dengan saya beli baju kurung siap lebih murah dari menempah.. Saya juga mengakuinya.. Tetapi untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan badan tak semudah itu terutamanya bagi mereka yg berbadan unik. Biasanya baju siap adalah mengikut potongan baju standard.

Jom kenali bentuk badan kita.

Apple (segitiga menurun)

Apple terbentuk apabila wanita mempunyai size bahu lebih luas berbanding pinggul mereka (sempit). Bentuk Apple cenderung mempunyai kaki / paha kurus , manakala perut dan dada kelihatan lebih besar berbanding ke seluruh badan. Lemak lebih tertumpu pada abdomen, dada dan muka.

Biasanya  wanita bertubuh seperti ini memerlukan baju yang bersaiz lebih besar dari saiz kain.Mereka yang 'chubby' selalunya berbadan seperti ini.

Pisang, bentuk lurus (segiempat)



Ukuran pinggang adalah kurang daripada 9 inci lebih kecil daripada pinggul atau ukuran dada. Kadar lemak badan lebih tertumpu pada perut, punggung, dada, dan muka. Peratusan lemak keseluruhan mewujudkan  bentuk tipikal (lurus) .

Biasanya boleh memakai baju saiz standard cuma mereka yang berbadan seperti ini selalunya nampak kurus tinggi macam Didie Alias. 

Pear atau bentuk A (segitiga ke atas)


Ukuran pinggul adalah lebih besar daripada ukuran dada. Peratusan kadar lemak berbeza kerana lemaknya lebih cenderung untuk berkumpul di punggung, pinggul dan paha. Apabila penambahan lemak badan berlaku, ia mudah tertumpu di sekitar pinggang dan abdomen atas. Wanita jenis badan ini cenderung untuk mempunyai belakang (agak) yang lebih besar, tebal paha, dan pangkuan kecil.

Biasanya wanita  bertubuh seperti ini memerlukan baju bersaiz kecil di atas semakin kembang ke bawah. Baju kurung pahang/ kurung pesak gantung amat sesuai untuk golongan bertubuh pear ni. Wanita yang kerja di pejabat selalunya bertubuh pear kerana banyak melakukan kerja di atas kerusi dan lemak berkumpul di sekitar punggung, pinggul dan peha. Artis yang bertubuh seperti ini adalah Fara Fauzana.

Bentuk hourglass (bentuk X)

Pinggul dan dada adalah hampir sama saiz dengan pinggang yang sempit. Kadar lemak lebih cenderung berada di sekitar kedua-dua bahagian atas badan dan badan yang lebih rendah. Badan jenis ini lebih mudah membesar pada lengan, dada, pinggul, dan belakang dahulu sebelum bahagian-bahagian lain, seperti pinggang dan abdomen atas.

Ini bentuk badan yang ideal. Wanita memang mengimpikan mendapatkan tubuh badan menawan macam ni ~macam Che Ta. Sesiapa yang badan macam ni sangat beruntung. Nak beli baju siap pun senang.

Camana bentuk badan anda? Senang tak menbeli baju ready made..