Wednesday, September 29, 2010

Baju Kurung

Di sebalik kepesatan arus pembangunan dan kemodenan, trend berpakaian juga mengalami revolusi seiring dengan kemodenan. Namun begitu, baju kurung tetap menjadi pilihan ramai. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda, sejarah dan asal baju kurung untuk pengetahuan bersama.



Baju kurung yang biasa kita pakai juga dikenali sebagai baju kurung Johor.Sememangnya baju kurung ini berasal dari Johor, tetapi telah mengalami revolusi sehinggalah ia mendapat namanya sendiri 'baju kurung' rupanya seperti yang kita lihat hari ini. Pada asalnya bajunya panjang ke paras betis dan berpotongan longgar. Kainnya diikat dengan ikatan yang dipanggil ombak mengalun yang diletakkan di sebelah kiri.






Wanita pada zaman dahulu memadankan baju kurung ini dengan kain dagang luar yang pada asalnya digunakan sebagai kain kelubung untuk menudung kepala dan berlindung dari cahaya matahari apabila keluar berjalan.






Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalahistilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.  Ia juga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Revolusi yang dialami baju kurung bersesuaian dengan citarasa pemakai seiring dengan perubahan zaman. Baju kurung sesuai dipakai di majlis2 seperti perkahwinan, kenduri2, dari majlis formal sehingga tak formal. Menjadi salah satu kebanggaan negara, sehingga Baju Kurung menjadi pakaian rasmi ke pejabat dan majlis2 rasmi kerajaan sejak dulu hingga sekarang.


Merupakan pakaian yang sangat flexible untuk digunakan ke pelbagai acara dan banyak digunakan oleh kaum wanita sama ada di rumah atau  di mana-mana sahaja. Keadaan baju yang sangat selesa longgar dan labuh sesuai untuk para wanita menjalankan tugas-tugas harian tanpa mengenepikan nilai2 kewanitaan.