Thursday, January 6, 2011

Iman Dan Yana 06.01.2011

Kasihan mereka menunggu baju mereka disiapkan... Saya dilanda kesibukan pada bulan lepas... Makan tahun jugak nak siapkan baju mereka. Yelah dari tahun 2010 ke 2011... Papepun maaf jua ku pohon, bukan disengajakan... Kerja dihujung tahun sangat banyak. Ditambah pula dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan... Ahh...itu semua alasan ye tak...?


Jadi inilah hasilnya...
 


  
Terima kasih kepada iman kerana sudi menempah dengan saya. Kain ni merupakan pemberian tunang tersayang... Semoga bahagia selamanya...

Harap kalian tidak serik menempah dengan saya ye....!!











Tuesday, January 4, 2011

Leher Baju Kurung Pilihan Anda

Baju kurung sekarang boleh di pelbagaikan dengan macam2 jenis leher. Ia tidak terhad kepada leher teluk belanga sahaja, leher cekak musang, leher cheongsam, leher berbentuk V dan macam2 bentuk lagi boleh digunakan untuk membuat leher baju kurung..


Di bawah ni adalah contoh beberapa leher baju kurung yang telah berjaya dihasilkan.
 
Ni contoh leher baju kurung biasa yang dibuat. Leher begini membolehkan pemakai menambah kemasan seperti sulaman manik, labuci, atau sulaman benang. Saya pun teringin nak belajar membuat sulaman2 tersebut. Mungkin suatu masa nanti saya akan buat




  

Leher teluk belanga dan bersulam mata lalat. Biasanya kepada rakan2 yang menempah saya akan membuat leher seperti ini.


 

 Baju pink di atas baru disiapkan..

 

Leher cekak musang untuk baju kurung. Cantik bukan. Lagicantik apabila dipakai.

P/S: Tunggu update seterusnya tetang leher cekak musang sebiji macam leher baju melayu tetapi di sesuaikan untuk baju kurung.