Assalamualaikum wbt....
Cerita ni pasal baju raya lagi ni, cerita baju raya yang telah dipakai.Baju ni saya beli last minit dah nak raya,berkenan sangat dengan baju ni sebab bercorak songket padan pula dengan warna baju melayu suami..
Makanya, baju ini dipakaila pada hari raya yang lepas tetapi kekemasannya agak kurang. Nak dikemaskan dah tak sempat jadi pakai jugak la.. Kenapa kurang kemas? Sebabnya tidak di kelim pada bawah baju dan pada hujung lengan..
Masa beli tak perasan sangat sebab rasa cam normal je kain songket camtu, tapi bila dipakai rasa weird, lagi2 bila menghulungkan tangan nak amek lauk atas meja yang penuh dengan sedara2,nampak sangat baju tu macam tak siap.
Jadi pas raya datang pulak idea nak mencantikkannya, cuba2 buat jahitan manik crumble ni...
Tengok orang lain buat macam cantik je, macam comel je kan..
Begitulah hasilnya.. Rasa bila pakai tu ada keyakinan la sikit..
Da pakai baju ni masa jamuan raya di opis..ngeeeeee...
Gambar yang nampak lengan baju ni je..tapi gambar candid.. sibuk menjaga gerai semasa jamuan raya tu..tak segan dah nak menghulur tangan.. :-)