Thursday, August 7, 2014

PROJEK LANGSIR RAYA 2014

Dalam kesibukan menjahit baju raya, sempat jugak luangkan masa untuk jahit langsir raya..
Kali ni semangat nak buat scallop untuk langsir raya.
Cam biasa mula-mula tanya cik google la kan..
Cari punya cari akhirnya kt sini menerangkan agak terperinci.
Mula-mula kenala buat pola dulu..
Kemudian try gunting atas kain langsir lama2.. Bukan apa, kalo tak jadi nanti takdela menyesal sangat..
Gunting dan jahit la scallop tadi, tapi jahit guna tangan je dulu..

Cara buat scallop langsir


Agak2 macam jadi je kan..?
Mulakanla projek gunting pada kain langsir yang kita nak..
Saya guna kain jersey untuk buat scallop ni..sebab kainnys murah dan senang dibentuk..
Proses gunting dan jahit scallop langsir ni makan masa satu hari jugakla..
Memang leceh buat langsir ni lagi-lagi bagi orang yang baru mencuba..
Ukuran lebar langsir ni kena tepat dengan lebar pintu/tingkap yang kita nak tu..kalo berkedut tak cantik pulakkan.
 Selepas berhempas pulas, inila hasilnya..
Langsir Scallop

Lepas ni nak try buat langsir scallop + pelmet pulak.. Tapi mungkin untuk raya tahun depan..wiii...

No comments: